- Bertanggungjawab mengesahkan ketetapan rekod dalam organisasi dan memastikan tiada kesilapan dalam pengurusan seperti pembaziran, penyelewengan dan penipuan.
- Perlu memeriksa serta menilai sistem maklumat dan kewangan organisasi.
- Menilai prosedur pengurusan dan kawalan dalaman bagi memastikan ketetapan rekod dan kawalan dalaman adalah mencukupi (ia betujuan melindungi organisasi dilanda penyelewengan).
- Menilai operasi organisasi am berjalan dengan cekap, efektif serta mematuhi polisi organisasi, undang-udang dan arahan kerajaan.
- Bertanggungjawab melaporkan segala penemuan kepada pihak pengurusan atasan.
Merupakan pemeriksaan akaun-akaun dan penyata kewangan bagi setiap tempoh perakaunan mengesahkan penyata kewangan yang disediakan adalah betul dan tiada penipuan atau penyelewengan di dalam syarikat *(atau organisasi). Juruaudit mestilah orang yang berpengetahun dalam bidang perakauanan.
Kemahiran yang diperlukan:
- Penggunaan matematik menyelesaikan masalah,
- Menumpukan sepenuh perhatian apabila orang lain bercakap, memahami fakta-fakta yang diberikan, bertanya soalan dan tidak mengganggu apabila orang sedang bercakap.
- Menggunakan logik dan alasan dalam mengenalpasti kekuatan dan kelemahan langkah yang diambil,
- Memahami perkara-perkara yang dinyatakan dalam sesuatu dokumen,
- Memahami implikasi kepada maklumat baru bagi masalah semasa dan akan datang,
- Menganalisa kos dan faedah tindakan yang bakal diambil,
- Menentukan bagaimana sistem diajalankan,
- Mengenalpasti tindakan yang perlu diambil begi memperbaiki prestasi operasi,
- Memperbaiki langkah yang diambil supaya tidak memberi kesan negatif terhadap tindakan yang lain
- Mengenaipasti kesilapan yang berlaku dan bakal berlaku,
- Berkomunikasi dengan jelas dan lancar,
- Berkemahiran menulis dan mudah difahami,
- Mengurus perkara-perkara dengan teratur mengikut peraturan,
- Memilih kaedah matematik atau formula menyelesaikan masalah,
- Melihat sesuatu isu dari sudut berlainan dan kritikal,
- Membuat kesimpulan yang mudah difahami.
No comments:
Post a Comment