Di antara tugas utama juruaudit adalah:
- Memastikan organisasi beroperasi dengan cekap melalui penyimpanan rekod yang mantap.
- Menyediakan, menganalisa dan mengesahkan dokumen kewangan yang bertujuan memberi maklumat tepat kepada pelanggan.
- Menganalisa belanjawan.
- Merancang pelaburan kewangan
- Sebagai pengawas perjalanan organisasi supaya berada di landasan yang betul.
- Berperanan mengukur keberkesanan kos dan faedah supaya pengurusan dapat merangka strategi jangka pendek dan jangka panjang.
- Memastikan organisasi dapat memenuhi objektif dalaman seperti penjimatan kos, peningkatan produktiviti dan kualiti serta konsisten dalam proses kerja.
- Memastikan organisasi memenuhi objektif luaran seperti memenuhi kehendak pelanggan luaran, peningkatan pasaran dan berjaya dalam persaingan.
- Berperanan sebagai pemerhati yang memastikan tiada kesalahan serius dilakukan dan membantu melaksanakan peraturan baru.
- Bertindak sebagai penasihat dalam memastikan proses kerja sentiasa meningkat dan pembaziran tidak berlaku.
- Pematuhan peraturan - Organisasi perlu mematuhi undang-undang, peraturan dan polisi yang ditetapkan.
- Prestasi - Sumber-sumber dalam organisasi seperti tunai dan pekerja adalah mencukupi dan digunakan dengan cekap.
- Kualiti - Kualiti kerja sentiasa dijaga dan dipertingkatkan.
No comments:
Post a Comment