Pendapat Bersyarat Kesan Batasan Kerja Audit
Pendapat
bersyarat "kecuali dengan" juga dikeluarkan apabila berlaku batasan
terhadap kerja yang dijalankan oleh juruaudit. Pendapat bersyarat ini
timbul disebabkan faktor ketidakpastian. Walau bagaimanapun, juruaudit
masih boleh memberi pendapat bahawa penyata kewangan memberi
gambaran
benar dan saksama, tetapi tertakluk pada pelarasan yang sepatutnya
dibuat pada butiran tertentu dalam penyata itu sekiranya ketidak
pastian yang dimaksudkan itu tidak wujud ketika itu.
Contoh pendapat bersyarat "kecuali dengan" ini ditunjukkan seperti yang
berikut:
XYZ Bhd.
LAPORAN JURUAUDIT KEPADA AHLI XYZ Bhd.
Kami telah mengaudit akaun-akaun pada halaman 10 hingga 25 mengikut Panduan Pengauditan Antarabangsa.
Sebagaimana
diterangkan pada Nota 6 penyata kewangan, syarikat ini sedang
menghadapi tuntutan mahkamah untuk mengambil tindakan membetulkan dan
membayar ganti rugi terhadap kerugian kerosakan yang ditanggung oleh
pelanggan syarikat akibat daripada suatu kontrak antara syarikat dengan
pelanggan tersebut. Pengarah syarikat telah membuat peruntukan untuk kos
pembetulan yang dianggarkan tetapi tiada peruntukan dibuat terhadap
ganti rugi untuk pelanggan. Syarikat membantah tuntutan tersebut. Pada
ketika ini, anggaran akhir bagi kos pembetulan dan kos ganti rugi belum
boleh ditentukan dengan pasti.
Pada pendapat kami, kecuali dengan
kesan pelarasan yang mungkin perlu dibuat jika ada, apabila tuntutan
tersebut di atas dapat ditentukan, penyata kewangan memberikan gambaran
benar dan saksama tentang kedudukan kewangan XYZ Bhd., pada 31 Disember
19X1 dan hasil kendalian serta perubahan kedudukan kewangannya untuk
tahun berakhir pada tarikh tersebut selaras dengan keperluan Piawaian
Perakaunan Diterima Umum dan mematuhi kehendak Akta Syarikat 1965.
BB & Co.
Nombor firma: CC 0071 Akauntan Awam Bertauliah S. Kunaran
Nombor kelulusan: (6: 44) 2/2/4-66) Kuala Lumpur, Malaysia 10 Oktober19X1
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
OBJEKTIF - Melalui kursus ini, anda akan menguasai kemahiran mengaplikasi TMK dalam P&P dengan berkesan berdasarkan proses bersistemat...
-
Pengertian Visi dan Misi Visi dan Misi adalah suatu konsep perencanaan yang di sertai dengan tindakan sesuai dengan apa yang di rencan...
-
Pendapat Bertentangan Pendapat bertentangan ialah pendapat yang menyatakan bahawa penyata kewangan tidak memberikan gambaran benar dan sak...
No comments:
Post a Comment