Tuesday 2 May 2017

JURUAUDIT

Juruaudit merupakan seseorang yang ditauliahkan bagi mengesahkan penyata kewangan sesebuah organisasi yang disediakan betul dan mengikut undang-undang serta polisi sesebuah organisasi.

Di antara tugas utama juruaudit adalah:
  1. Memastikan organisasi beroperasi dengan cekap melalui penyimpanan rekod yang mantap.
  2. Menyediakan, menganalisa dan mengesahkan dokumen kewangan yang bertujuan memberi maklumat tepat kepada pelanggan.
  3. Menganalisa belanjawan.
  4. Merancang pelaburan kewangan   
Keperluan terhadap juruaudit:
  1. Sebagai pengawas perjalanan organisasi supaya berada di landasan yang betul.
  2. Berperanan mengukur keberkesanan kos dan faedah supaya pengurusan dapat merangka strategi jangka pendek dan jangka panjang.
  3. Memastikan organisasi dapat memenuhi objektif dalaman seperti penjimatan kos, peningkatan produktiviti dan kualiti serta konsisten dalam proses kerja.
  4. Memastikan organisasi memenuhi objektif luaran seperti memenuhi kehendak pelanggan luaran, peningkatan pasaran dan berjaya dalam persaingan.
  5. Berperanan sebagai pemerhati yang memastikan tiada kesalahan serius dilakukan dan membantu melaksanakan peraturan baru.
  6. Bertindak sebagai penasihat dalam memastikan proses kerja sentiasa meningkat dan pembaziran tidak berlaku.
Umumnya, seseorang jururaudit perlu memastikan tiga perkara utama iaitu:
  1. Pematuhan peraturan - Organisasi perlu mematuhi undang-undang, peraturan dan polisi yang ditetapkan.
  2. Prestasi - Sumber-sumber dalam organisasi seperti tunai dan pekerja adalah mencukupi dan digunakan dengan cekap.
  3. Kualiti - Kualiti kerja sentiasa dijaga dan dipertingkatkan.

No comments:

Post a Comment