Monday 8 May 2017

PENDAPAT BERTENTANGAN

Pendapat Bertentangan

Pendapat bertentangan ialah pendapat yang menyatakan bahawa penyata kewangan tidak memberikan gambaran benar dan saksama tentang kedudukan kewangan perniagaan atau tentang untung atau rugi pada jangka masa yang sedang dipertimbangkan itu ataupun tentang perkara lain yang perlu dilaporkan oleh juruaudit.

Pendapat bertentangan perlu dikeluarkan dalam laporan juruaudit apabila kesan daripada rasa tidak bersetuju atau keengganan juruaudit memberikan pendapat adalah terlalu matan dan menyeluruh pada penyata kewangan. Juruaudit rnemutuskan bahawa suatu kenyataan tentang laporan tersebut tidak cukup untuk mendedahkan sifat penyata kewangan yang mengelirukan atau tidak lengkap.' Dalam keadaan seperti ini pendapat bersyarat "kecuali dengan" adalah tidak mencukupi, kerana bukan hanya satu dua perkara dalam penyata kewangan yang tidak dipersetujui oleh juruaudit tetapi juruaudit perlu menyatakan yang dia tidak bersetuju sama sekali yang penyata kewangan memberikan gambaran benar dan saksama tentang kedudukan kewangan syarikat pada tarikh tertentu dan hasil kendaliannya untuk jangka masa berakhir pada tarikh tersebut.

Alasan juruaudit tidak bersetuju dengan pihak pengurusan telah pun dibincangkan terlebih awal dalam bab ini. Apabila menyampaikan pendapat bertentangan ini juruaudit akan menyatakan sebab-sebab utama yang menyebabkan memilih pendapat sedemikian. Objektif pendapat bertentangan adalah untuk:
(a) Menyatakan bentuk dan kesan daripada rasa tidak setuju atau keengganan juruaudit menyatakan pendapat tentang penyata pendapatan bagi sesuatu jangka masa atau aset dan liabiliti pada tarikh kunci kira-kira yang dipersembahkan.
(b) Menyampaikan rasa tidak setuju atau keengganan juruaudit menyatakan pendapat tentang kecukupan pembentangan penyata kewangan.
(c) Menyampaikan rasa tidak bersetuju atau keengganan juruaudit menyatakan pendapat tentang sesuatu perkara yang khusus.

Berikut ialah contoh laporan audit yang mengandungi pendapat bertentangan:

XYZ Bhd.
LAPORAN JURUAUDIT KEPADA AHLI XYZ BHD.

Kami telah mengaudit akaun-akaun pada halaman 7 hingga 15 mengikut Panduan Pengauditan Antarabangsa.
Syarikat ini sedang menghadapi dakwaan tentang penggunaan haram hak paten yang boleh melibatkan denda yang dianggarkan berjumlah RM5 937 500. Para pengarah yakin yang mereka akan berjaya dan tidak ada peruntukan dibuat untuk kerugian luarjangka tersebut.
Pada pendapat kami, satu peruntukan kerugian berjumlah RM5 937 500 perlu dibuat dan dikenakan terhadap hasil kendalian jangka masa tersebut, yang akan mengurangkan keuntungan daripada RM937 500 menjadi rugi sebanyak RM5 000 000, dan mengurangkan pendapatan tertahan yang berjumlah RM625 000 kepada kurangan sebanyak RM5 312 500.

Pada pendapat kami, disebabkan kesan daripada perkara yang diterangkan pada perenggan di atas, penyata kewangan tidak memberikan gambaran benar dan saksama tentang kedudukan kewangan XYZ Bhd., pada 31 Disember 19X1, dan hasil kendalian untuk jangka masa berakhir pada tarikh tersebut, selaras dengan Piawaian Pengauditan Antarabangsa.

BB & Co.
Nombor Firma: CC 0071 S. Kunaran
Nombor Kelulusan: (6:44) 2/2/4-66) Kuala Lumpur, Malaysia 10 Oktober 19X1

No comments:

Post a Comment