Monday 1 May 2017

KOS JUALAN

TAJUK : JADUAL KOS JUALAN

PENERANGAN
1.Pengenalan jadual kosjualan
  1. Jadual kos jualan tertumpu pada sistem pembelian barang atau perkhidmatan yang digunakan untuk pengilangan barang keluaran entiti.
  2. Antara akaun yang digunakan ialah Akaun belian dan Akaun belum bayar.

2. Penerimaan arahan untuk kitaran belian
  1. Penyeliaan audit merupakan pemberian arahan kerja kepada pembantu audit untuk mencapai objektif audit.
  2. Penyelia bertanggungjawab untuk memastikan bahawa tugas audit hanya diserahkan kepada pembantu audit yang mempunyai keupayaan teknikal yang diperlukan untuk menyiapkan kerja audit.
  3. Tugas penyelia termasuklah
a)    Memberik anarahan kepada pembantu audit
b)    Mengambil tahu tentang masalah penting yang ditemui semasa ikat janji itu;
c)    Menyemak semula kerja yang telah diselesaikan; dan
d)    Meleraikan perbezaan pendapat sesama mereka

  1. Penyelia audit menyediakan helaian penyeliaan kerja audit (engagement monitoring sheet).
  2. Junior Juruaudit atau pembantu audit  akan menerima arahan daripada senior juruaudit atau penyelia audit untuk mengaudit kitaran belian

3. Mendapatkan sistem dokumentasi kitaran belian
  1. Juruaudit menjalankan walk through test (ujian jalan-terus untuk mendapatkan sistem dokumentasi kitaran belian
  2. Langkah walk through test bagi mengaudit kitaran belian adalah seperti berikut:
1.    Menyemak Imbangan Duga kepada Lejar Am
2.    Menyemak Lejar Am kepada Jurnal Am
3.    Menyemak Jurnal Am kepada Buku Belian
4.    Menyemak Buku Belian kepada lejar / Akaun Belum Bayar
5.    Menyemak Lejar/ Akaun Belum Bayar kepada baucar pembayaran dan invois

4. Penyemakan kitaran belian
  1. Pembantu audit menggunakan jadual Pentunjuk untuk menjalankan walk through test.
  2. Pembantu audit vouched (semak) lejar am kepada jurnal am.
  3. Selepas itu, pembantu audit vouched jurnal am dengan buku belian. Jumlah belian perlu disemak.
  4. Seterusnya penyemakan Buku belian kepada akaun belum bayar .vouched terhadap tarikh ,rujukan, nama pemiutang dan jumlah telah dijalankan.
  5. Pembantu akan vouced akuan belum bayar kepada dokumen sumber iaitu baucar pembayaran dan invois secara pemsamplelan selepas tindakan sebelumnya telah selesai.
  6. Semua walk through test adalah kerja audit yang dijalankan oleh pembantu audit. Para pembantu audit perlu mencatatkan kerja audit dalam jadual pentujuk (Lead Schedule) selepas selesai kerja.

5. Ringkasan penemuan audit (audit finding) bagi kitaran belian
  1. Pembantu audit perlu memaklumkan penemuan audit selepas kerja audit dijalankan.
  2. Penemuan audit adalah ditulis pada jadual pentunjuk.
  3. Pembantu audit akan menghantar jadual pentunjuk kepada penyelia audit untuk disemak.

No comments:

Post a Comment