Monday 8 May 2017

LAPORAN AUDIT


Pengenalan

Tugas menyediakan penyata kewangan merupakan tanggungjawab pihak pengurusan entiti. Tanggungjawab utama juruaudit bebas pula adalah untuk memberikan pendapat kepada pihak luar termasuk para pelabur dan pemiutang tentang penyata kewangan yang dipersembahkan sama ada ia memberikan gambaran yang benar dan saksama tentang kedudukan kewangan entiti dan hasil kendaliannya atau sebaliknya. Tanggungjawab ini dapat dipenuhi dengan menyertakan bersama-sama penyata kewangan sebuah laporan audit yang mengandungi pendapat tersebut.

Laporan audit hanya akan dikeluarkan setelah juruaudit selesai dengan kerja pemeriksaan audit. ISA 700, The Auditor's Report on Financial Statements, menghendaki juruaudit menyemak dan menilai kesimpulan yang diambil daripada bukti audit yang diperoleh sebagai asas pemberian pendapat tentang penyata kewangan. Juruaudit dikehendaki melapor kepada pemegang saham atau ahli entiti sama ada menurut pendapat mereka, penyata kewangan pada hakikatnya memberikan gambaran yang benar dan saksama tentang kedudukan kewangan pelanggan tersebut dan hasil kendaliannya, atau tidak. Oleh sebab implikasi laporan audit adalah berat, juruaudit harus sentiasa berhati-hati pada sepanjang tempoh tugasnya, iaitu mulai dari peringkat tinjauan sistem pelanggan, semasa penyiasatan terperinci terhadap rekod pelanggan dan akhir sekali pada peringkat pemeriksaan akaun akhir.


APAKAH LAPORAN AUDIT?

Laporan audit merupakan satu laporan yang disediakan oleh juruaudit yang mengandungi pendapat juruaudit tentang kunci kira-kira, akaun untung dan rugi, dan penyata sumber dan penggunaan dana. Penyata itu disediakan mengikut kehendak Akta Syarikat, 1965 dan prinsip perakaunan diterima umum supaya memberi gambaran benar dan saksama tentang hasil kendalian entiti bagi tahun yang berkenaan. Laporan audit juga membentangkan kedudukan kewangannya pada tarikh kunci kira-kira, serta pendapat sama ada rekod perakaunan dan rekod-rekod lain disimpan dengan baik mengikut kehendak akta tersebut atau tidak.


Akta Syarikat, 1965, Seksyen 174 memperuntukkan bahawa juruaudit perlu memberikan pendapatnya tentang perkara yang berikut:
(a) Sama ada pada pendapatjuruaudit penyata kewangan menunjukkan gambaran yang benar dan saksama tentang kedudukan kewangan syarikat dan hasil kendalian syarikat serta perubahan kedudukan kewangan syarikat atau tidak.
(b) Sama ada penyata kewangan itu disediakan mengikut kehendak akta atau tidak.
(c) Sama ada rekod perakaunan dan rekod lain termasuk daftar disediakan dan disimpan seperti yang dikehendaki oleh akta atau tidak.

Walaupun laporan juruaudit hanya menyentuh perkara yang tersebut di atas, juruauditjuga bertanggungjawab terhadap soal kebenaran dan kesaksamaan laporan pengarah kerana laporan pengarah merupakan sebahagian daripada penyata kewangan. Laporan pengarah yang disertakan bersamasama dengan penyata kewangan memang dimestikan oleh Akta Syarikat 1965, mengikut Seksyen 169.


MAKLUMAT DALAM LAPORAN AUDIT

Menurut ISA 700, laporan audit perlu mengandungi unsur maklumat asas yang berikut:

1. Tajuk
Tajuk yang sesuai, seperti "Laporan Juruaudit", patut digunakan. Tujuannya adalah untuk membantu para pembaca mengenal pasti laporan juruaudit dan dapat membezakannya dengan mudah daripada laporan lain yang dikeluarkan oleh pihak tertentu seperti laporan oleh pihak pengurusan.

2. Pihak Sasaran
Laporan audit ditujukan kepada pihak yang tertentu sebagaimana yang diperlukan mengikut persekitaran ikatjanji dan peraturan tempatan. Laporan ini biasa ditujukan kepada pemegang saham atau lembaga pengarah entiti
yang penyata kewangannya sedang diaudit.


3. Perenggan Pengenalan

(a) Mengenal Pasti Penyata Kewangan.
Laporan ini perlu mengenal pasti penyata kewangan yang diaudit. Ini termasuklah nama entiti, tarikh dan tempoh masa yang diliputi oleh penyata kewangan itu.
(b) Kenyataan tentang Tanggungjawab Pengurusan Entiti Pelanggan dan Tanggungjawab Juruaudit.
Laporan audit perlu menyatakan dengan jelas bahawa penyata kewangan adalah tanggungjawab pengurusan entiti dan tanggungjawab juruaudit adalah untuk memberi pendapat tentang penyata kewangan berdasarkan audit yang telah dijalankan.
Contoh: (Terjemahan Perenggan 11, ISA 700.)
"Kami telah mengaudit kunci kira-kira Syarikat ABC pada 31 Disember 19X1 dan penyata pendapatan serta penyata aliran tunai yang berkaitan untuk tahun berakhir pada tarikh tersebut. Penyata kewangan ini merupakan tanggungjawab pengurusan syarikat. Tanggungjawab kami adalah memberi pendapat terhadap penyata kewangan tersebut berasaskan audit kami."

4. Perenggan Skop
Perenggan ini menerangkan sifat semula jadi audit.
(a) Rujukan kepada Piawaian atau Amalan Pengauditan.
Laporan juruaudit patut menyatakan piawaian atau amalan pengauditan yang diikuti dengan merujuk Piawaian Antarabangsa Pengauditan atau kepada piawaian atau amalan yang telah dimantapkan. Skop laporan merujuk kepada kebolehan juruaudit melaksanakan tatacara audit yang perlu dalam persekitaran tertentu. Piawaian atau amalan pengauditan yang dirujuk dalam laporan audit, ialah piawaian dan amalan yang diterima oleh negara berkenaan, kecuali jika dinyatakan secara jelas oleh juruaudit.
Laporan audit perlu mengandungi kenyataan bahawa audit tersebut telah dirancang dan dilaksana untuk mendapat kepastian sama ada penyata kewangan adalah bebas daripada salah nyata yang material atau tidak. Laporan tersebut perlu menerangkan bahawa audit yang dijalankan merangkumi pemeriksaan bukti yang menyokong amaun dan pendedahan dalam penyata
kewangan, penilaian prinsip perakaunan bagi penyediaan penyata kewangan, penilaian anggaran penting yang dibuat oleh pengurusan
semasa menyediakan penyata kewangan secara keseluruhan. Juruaudit perlu menyatakan bahawa audit yang dijalankan memberikan
asas yang munasabah bagi pendapat tersebut.
(b) Keterangan tentang kerja yang dijalankan oleh juruaudit.
Contoh: (Terjemahan Perenggan 16, ISA 700.)
"Kami telah menjalankan audit mengikut Piawaian Antarabangsa pengauditan. Piawaian tersebut menghendaki kami merancang dan melaksanakan audit untuk mendapat kepastian yang munasabah sama ada penyata kewangan itu bebas daripada salah nyata yang material. Audit tersebut merangkumi pemeriksaan, berasaskan ujian, bukti yang menyokong amaun dan pendedahan dalam penyata kewangan. Audit tersebutjuga merangkumi penilaian prinsip perakaunan yang digunakan dan anggaran penting yang dibuat oleh pengurusan serta penilaian pembentangan keseluruhan penyata kewangan. Kami percaya audit yang kami jalankan memberi asas yang munasabah terhadap pendapat yang kami keluarkan".

5. Pendapat terhadap Penyata Kewangan

Laporan audit menyatakan pendapatjuruaudit tentang persembahan penyata kewangan-entiti, iaitu kedudukan kewangan dan hasil kendalian entiti itu.
Pendapat audit disampaikan dengan menyebut "memberikan gambaran benar dan saksama tentang ... selaras dengan (nyatakan Piawaian Antarabangsa Pengauditan atau piawaian lain yang diterima oleh negara berkenaan)". Tujuan rujukan seperti itu adalah untuk menerangkan kepada para pembaca tentang prinsip yang mengawal pembentukan pendapat profesional oleh juruaudit. Rujukan seperti itu tidak bermakna mengurangkan tanggungjawab juruaudit untuk berpuas hati bahawa gambaran yang dipersembahkan oleh penyata kewangan adalah selaras dengan pengetahuan juruaudit tentang perniagaan entiti tersebut.
Contoh: (Terjemahan Perenggan 21, ISA 700.)
"Pada pendapat kami, penyata kewangan memberi gambaran yang benar dan saksama tentang (atau membentangkan secara saksama, dari semua aspek yang matan) kedudukan kewangan syarikat pada 31 Disember 19X1, dan tentang hasil kendalian dan aliran tunainya untuk tahun berakhir pada tarikh tersebut mengikut piawaian perakaunan berkenaan ... (dan mematuhi undang-undang yang berkaitan ... )."
Kadangkala juruaudit dikehendaki memberikan pendapat tentang pematuhan pelanggan terhadap kehendak tertentu undang-undang.
Selalunya pematuhan seperti itu juga memenuhi keperluan juruaudit untuk melahirkan pendapat seperti yang dibincangkan di atas. Walau bagaimanapun, apabila penggunaan prinsip perakaunan yang dikehendaki atau dibenarkan oleh peraturan tempatan tidak menghasilkan persembahan yang "memberi gambaran benar dan saksama tentarig ...", cara pernyataan yang sama tidak boleh digunakan untuk melahirkan pendapatjuruaudit tentang "pematuhan pada undang-undang".

6. Tandatangan
Laporan audit mesti ditandatangani dengan nama firma audit, nama juruaudit
yang bertanggungjawab atau kedua-duanya sekali.

7. AlamatJuruaudit
Laporan auditjuga mesti menyatakan nama tempatjuruaudit, biasanya nama
bandar lokasi pejabatjuruaudit.

8. Tarikh Laporan
Laporan audit perlu diberi tarikh. Tujuannya adalah untuk memaklumkan
kepada para pembaca bahawa juruaudit telah mengambil kira kesan peristiwa dan urus niaga yang terjadi hingga ke tarikh berkenaan terhadap penyata kewangan. Berikut diturunkan satu contoh laporan audit tanpa syarat dalam format yang biasa digunakan: (ISA 700).
Contoh: (Terjemahan Perenggan 28, ISA 700)

LAPORAN JURUAUDIT

"Kami telah mengaudit kunci kira-kira Syarikat ABC pada 31 Disember 19X1 dan penyata pendapatan dan aliran tunai yang berkaitan untuk tahun berakhir pada tarikh tersebut, seperti yang dilampirkan. Penyata kewangan ini adalah tanggungjawab pengurusan syarikat. Tanggungjawab kami adalah memberi pendapat terhadap penyata kewangan ini berasaskan audit yang kami jalankan. Kami menjalankan audit mengikut Piawaian Antarabangsa Pengauditan (atau merujuk piawaian atau amalan tempatan yang bersesuaian). Piawaian tersebut menghendaki kami merancang dan melaksanakan audit untuk mendapat kepastian sama ada penyata kewangan bebas daripada salah nyata yang matan. Audit merangkumi pemeriksaan, berasaskan ujian, bukti yang menyokong amaun dan pendedahan dalam penyata kewangan. Audit juga merangkumi penilaian prinsip perakaunan yang digunakan dan anggaran yang signifikan yang dibuat oleh pengurusan. Kami percaya bahawa audit yang dijalankan memberi asas yang munasabah bagi pendapat kami.

Pada pendapat kami, penyata kewangan memberi gambaran yang benar dan saksama tentang kedudukan kewangan syarikat pada 31 Disember 19X1 dan hasil kendalian dan aliran tunai untuk tahun berakhir pada tarikh tersebut selaras dengan piawaian perakaunan (dan mematuhi undang-undang berkaitan)".

Sebagaimana yang dinyatakan dalam "Prinsip Asas yang Menguasai Audit", laporan audit perlu mengandungi penyampaian pendapat secara bertulis tentang maklumat kewangan. Susunan kata-kata yang melahirkan makna yang tepat dalam laporan audit adalah sangat penting. Laporan audit mungkin mengandungi syarat tertentu yang boleh mempengaruhi kebolehpercayaan dan kegunaan penyata kewangan. Para pengguna perlu menyedari bahawa laporan audit hanya menyampaikan pendapat juruaudit tentang penyata kewangan. Juruaudit tidak bertujuan untuk memberikan pengesahan, jaminan atau sebarang bentuk pengakuan positif yang lain bahawa penyata kewangan itu adalah sempurna sepenuhnya.

No comments:

Post a Comment