Monday 8 May 2017

PENDAPAT BERSYARAT KESAN BATASAN KERJA AUDIT

Pendapat Bersyarat Kesan Batasan Kerja Audit

Pendapat bersyarat "kecuali dengan" juga dikeluarkan apabila berlaku batasan terhadap kerja yang dijalankan oleh juruaudit. Pendapat bersyarat ini timbul disebabkan faktor ketidakpastian. Walau bagaimanapun, juruaudit masih boleh memberi pendapat bahawa penyata kewangan memberi
gambaran benar dan saksama, tetapi tertakluk pada pelarasan yang sepatutnya dibuat pada butiran tertentu dalam penyata itu sekiranya ketidak
pastian yang dimaksudkan itu tidak wujud ketika itu.
Contoh pendapat bersyarat "kecuali dengan" ini ditunjukkan seperti yang
berikut:

XYZ Bhd.
LAPORAN JURUAUDIT KEPADA AHLI XYZ Bhd.

Kami telah mengaudit akaun-akaun pada halaman 10 hingga 25 mengikut Panduan Pengauditan Antarabangsa.
Sebagaimana diterangkan pada Nota 6 penyata kewangan, syarikat ini sedang menghadapi tuntutan mahkamah untuk mengambil tindakan membetulkan dan membayar ganti rugi terhadap kerugian kerosakan yang ditanggung oleh pelanggan syarikat akibat daripada suatu kontrak antara syarikat dengan pelanggan tersebut. Pengarah syarikat telah membuat peruntukan untuk kos pembetulan yang dianggarkan tetapi tiada peruntukan dibuat terhadap ganti rugi untuk pelanggan. Syarikat membantah tuntutan tersebut. Pada ketika ini, anggaran akhir bagi kos pembetulan dan kos ganti rugi belum boleh ditentukan dengan pasti.
Pada pendapat kami, kecuali dengan kesan pelarasan yang mungkin perlu dibuat jika ada, apabila tuntutan tersebut di atas dapat ditentukan, penyata kewangan memberikan gambaran benar dan saksama tentang kedudukan kewangan XYZ Bhd., pada 31 Disember 19X1 dan hasil kendalian serta perubahan kedudukan kewangannya untuk tahun berakhir pada tarikh tersebut selaras dengan keperluan Piawaian Perakaunan Diterima Umum dan mematuhi kehendak Akta Syarikat 1965.
BB & Co.
Nombor firma: CC 0071 Akauntan Awam Bertauliah S. Kunaran
Nombor kelulusan: (6: 44) 2/2/4-66) Kuala Lumpur, Malaysia 10 Oktober19X1

No comments:

Post a Comment